Tuesday, March 15, 2022

Pelaksanaan Program Transisi 2.0 Tahun 1 2022/23

KPM telah mengeluarkan surat siaran mengenai pelaksanaan Program Transisi Tahun 1 bersama kit program bagi sesi 2022/2023. Mulai Kalendar Akademik 2022/2023, PITS 2.0 dilaksanakan selama empat (4) minggu bagi murid Tahun Satu mulai minggu pertama persekolahan.

Pelaksanaan versi 2.0 mengandungi dua (2) fasa iaitu:

  1. Fasa Penyesuaian
    • Dilaksanakan selama dua (2) minggu mengikut peruntukan waktu sehari yang telah ditetapkan.
    • Merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti pembelajaran, perbualan awal dan rehat.
    • Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggunakan item dalam Senarai Semak Kesediaan Murid.
  2. Fasa Kesediaan
    • Dilaksanakan selama dua (2) minggu mengikut jadual waktu Tahun Satu.
    • Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggunakan item dalam Senarai Semak Kesediaan Murid (Lampiran A).
    • Merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) terbeza berdasarkan tahap kesediaan murid.
    • Merujuk tema seperti dalam Kit PITS 2.0. Pemilihan tema adalah mengikut minat, latar belakang dan persekitaran murid. Aktiviti yang bersesuaian boleh dirancang dengan tahap kesediaan murid dan kreativiti guru.
    • Memastikan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk pembelajaran seterusnya.



Friday, January 21, 2022

2022/2023 年 5-9岁体重指数测试 Pelaksanaan Standard Pengukuran Indeks Jisim Badan (Body Mass Index) 2022/2023

2022/2023年学年起,所有5至9岁学生,需要参与体重指数测试(简称为BMI5-9T)Pelaksanaan Standard Pengukuran Indeks Jisim Badan (Body Mass Index) untuk Murid Sekolah Malaysia berumur Lima hingga Sembilan Tahun mengikut kalendar akademik bermula sesi 2022/2023. Dikenali sebagai BMI 5-9T

作业程序:
1. 所有5至9岁的学生都必须参与。(参与学生必须提交家长同意书)
2. 一年执行2次。** 7到9岁的学生将在体育课执行
    第一次测量在开课后第三个月进行(1/6/2022-30/6/2022);
    第二次测量在五个月后进行(1/11/2022-30/11/2022) 
3. 收取学生体重体高以便获取学生体重指数。
4. 在需要的情况下才参与体重健康计划。
5. 所有资料必须记录在有关表格内,然后输入系统里。

PROSEDUR OPERASI : 
1. Wajib setiap tahun bagi murid berumur 5 hingga 9 tahun. (Perlu  
    mendapatkan kebenaran ibu bapa/ penjaga secara bertulis)
2. Pelaksanaan 2 kali setahun. **murid berumur 7-9 tahun akan dijalankan        
    pada waktu Pendidikan Jasmani.
    Ujian pertama pada bulan ke-3 selepas sesi persekolahan bermula   
    berdasarkan kalendar akademik. (1/6/2022-30/6/2022)
    Ujian ke-dua dilaksanakan 5 bulan selepas ujian pertama. (1/11/2022-     
    30/11/2022)
3. Dimulakan dengan ujian mengukur tinggi dan berat murid untuk mendapatkan
    skor BMI. 
4. Diikuti dengan intervensi aktiviti fizikal dan amalan pemakanan sihat.
5. Data dicatat secara manual dalam Borang BMI 5-9T dan secara dalam talian      melalui Sistem Pengurusan Pentaksiaran Bersepadu (SPPB) KPM dalam       
    Pentaksiran SEGAK & BMI 5-9T

通令有效日期:2022/2023年开课日首日即刻生效。

Berkuatkuasa serta merta mulai hari pertama persekolahan berdasarkan kalendar akademik 2022/2023


点击这里浏览通令。Klik untuk meneliti Surat Pekeliling Ikhtisas.

点击这里浏览指南。Klik untuk Panduan BMI5-9T


Wednesday, November 24, 2021

Panduan Penulisan Borang Keberhasilan

Penilaian keberhasilan merupakan penilaian hasil kerja utama outcome/ output yang memberi impak berdasarkan tugas dan tempat bertugas.

👀 Mempunyai Kata Kerja Menggunakan perkataan yang bersifat perbuatan/ amalan seperti mencapai, memastikan, mengurangkan, meningkatkan, menyelesaikan dan seumpama dengannya.

👀 Mempunyai Penyataan Ukuran Nilai yang digunakan untuk mengukur sasaran keberhasilan. Penyataan ukuran boleh mengandungi:

    • Kuantiti; dan/ atau
    • Kualiti; dan/ atau
    • Kos; dan/ atau
    • Masa

👀 Mempunyai Tujuan Sasaran. Tujuan sesuatu sasaran keberhasilan adalah bagi memperlihatkan hasrat/ matlamat/ penerangan terhadap hasil kerja.

👀 Mempunyai Peringkat Sasaran (jika perlu) Tahap/ peringkat penglibatan yang akan dicapai.







Penilaian Komponen Keberhasilan boleh rujuk WEBSITE 👇👇👇